#01 : Kenali Vegetarian dengan lebih dekat

Salam kesihatan buat pembaca K2S.

Untuk post yang pertama di dalam blog kesihatan ini, saya ingin bercerita mengenai Vegetarian. Orang ramai kat luar sana, saya yakin memang sudah tahu apa itu vegetarian. Tapi saya rasa, tak salah untuk kita bincangkan topik ini semula untuk ulang kaji ilmu atau pun, mungkin juga ada yang masih kabur mengenai Vegetarian.



Apa itu Vegetarian?

Biarlah saya jelaskan maksud yang ringkas sahaja kepada kita semua kerana saya rasa tak penting untuk jelaskan mengikut kamus Dewan Bahasa untuk ringkasan ini.

Vegetarian mempunyai dua maksud :

Maksud Pertama :

Individu yang tidak mengamalkan makanan yang berdaging tetapi hanya makan sayur-sayuran dan bahan makanan tumbuh-tumbuhan yang lain.



Maksud Kedua :

Vegetarian adalah sesuatu yang tidak mengandungi daging atau tanpa daging. Seperti yang kita sedia maklum, ramai orang sekeliling kita yang sudah lama mengamalkan gaya hidup Vegetarian.

Terdapat beberapa faktor mengapa manusia memilih untuk menjadi Vegetarian.

Faktor pertama :

Keyakinan kepada agama. Agama yang dimaksudkan di sini adalah individu yang menganut agama Hindu, Buddha dan Kristian Advent.
Bahan bacaan : Vegetarian menurut setiap agama

Faktor kedua :

Kesedaran dan keinginan memiliki penampilan yang sentiasa cergas dan awet muda.
Bahan bacaan : Kurangkan berat badan extreme
Bahan bacaan : Panduan diet seimbang

Faktor ketiga :

Faktor kesihatan dan mental.

Kita tidak boleh salah faham mengenai Vegetarian. Tidak semestinya individu yang mengamalkan Vegetarian adalah semata-mata kerana agama atau kepercayaan karut. Apakah pendapat anda jika anda beralih kepada individu yang bukan vegetarian kemudian menjadi vegetarian kerana faktor yang ketiga? Sudah berpenyakit baru nak jadi Vegeterian sudah agak terlambat. Lebih elok jika kita cuba untuk melatih diri menjadi seorang yang Vegetarian sebelum sakit. Betul kan?



Sebenarnya, memang ramai dalam kalangan kita, menjadi vegetarian setelah berpenyakit. Tidak dapat dinafikan. Saya rasa, elok sekiranya kita mulakan pola hidup sihat kita bermula hari ini. Malah sekarang!

Terdapat beberapa kumpulan Vegetarian untuk menjadi pengetahuan kita bersama. Antaranya:


VEGETARIAN VEGAN

Kumpulan ini menolak produk yang mengandungi unsur-unsur haiwan sepenuhnya. Kumpulan ini wujud sekitar 1044 akibat kecewa dengan kumpulan vegetarian yang walaupun vegetarian tetapi masih mengambil 'Dairy Products' . Kumpulan ini menolak unsur-unsur haiwan sepenuhnya tidak sahaja makanan tetapi dengan pakaian atau harta benda yang melibatkan haiwan.

VEGETARIAN LACTO

Kumpulan Vegetarian Lacto adalah mereka yang mengamalkan diet vegetarian tetapi masih mengambil produk tenusu seperti susu, keju, yogurt, mentega, minyak sapi dan krim tetapi tidak termasuk telur.
Kesimpulannya, kumpulan ini benar-benar menghindari segala bentuk yang berunsur haiwan termasuklah telur. susu, yogurt, mentega dan seumpama dengannya. Mereka hanya memakan sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan sama dengannya. Kumpulan ini juga menahan diri dari memakan keju yang mengandungi haiwan dan yogurt yang mengandungi Gelatin. Konsep dan amalan kumpulan ini ialah dalam kalangan yang berasal dari India Purba dan pada asalnya berdasarkan kepercayaan agama.

VEGETARIAN LACTO-OVO

Kumpulan ini adalah individu Vegetarian yang tidak memakan daging haiwan dalam apa jua bentuk, tetapi masih menggunakan susu dan produk telur. Disebutkan tidak memakan daging itu adalah bermakna daging lembu , babi, ayam , ikan atau kerang. 'Lacto' adalah bermaksud 'susu' dalam bahasa Latin. Manakala, 'Ovo' pula adalah 'telur' .


VEGETARIAN PESCO

Kumpulan ini adalah kumpulan individu Vegetarian yang mengamalkan diet dengan tidak memakan daging haiwan tetapi menambah menu makanan laut seperti ikan dan kerang-kerangan. Kumpulan ini bergabung dengan kumpulan Vegetarian Lacto-Ovo yang mengambil susu dan telur. Malah, kumpulan ini juga mengambil produk sampingan seperti madu, Laka dan Merah Tua yang berasal dari serangga.


VEGETARIAN FLUCTARIAN

Kumpulan ini dikatakan sebagai kumpulan yang paling longgar aturannya lantaran mereka hanya berpantang untuk memakan daging merah tetapi masih memakan daging lain seperti ayam dan lain-lain.



Sebenarnya pola gaya hidup sihat dengan menjadi seorang yang mengamalkan makanan hanya sayur dan buah-buahan adalah sangat popular pada zaman ini yang sudah pun mula tercemar dengan pelbagai penyakit. Namun, untuk menjadi seorang Vegeterian mungkin menjadi sukar sekiranya tidak mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menahan diri daripada memakan makanan bukan vegetarian.

Apa reaksi anda apabila saya utarakan beberapa kelebihan Vegetarian ini?



Kebaikan Vegetarian adalah:



Pertama:

Dapat mencegah penyumbatan urat nadi jantung sehingga 97% (Sumber : Journal of American Medical Association,1961.
Berdasarkan laporan China Health Project pula, masyarakat China yang kurang makan lemak haiwan berdepan risiko yang rendah menghidap kanser, penyakit jantung atau penyakit lain.
Di Amerika Syarikat, satu daripada sembilan wanita yang berusia 40 tahun ke atas menderita penyakit jantung malah kebanyakan lelaki pemakan daging berpeluang 50% meninggal dunia akibat penyakit jantung. Risiko ini menurun 15% jika berhenti makan daging dan mengamalkan makan sayur.

Kedua:

Umur akan lebih panjang. Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging.

Ketiga:

Jauh daripada ancaman kanser kerana terdapat hasil kajian Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara.
Kajian di Jerman pula mengatakan bahawa sistem kekebalan wanita ‘vegetarian’ lebih efektif membunuh sel kanser. Sayur-sayuran melindungi anda daripada kanser prostat, kanser usus besar dan kulit.

Keempat:

Tubuh menjadi lebih langsing. Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yang lebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah.
Maka, tidak hairanlah pemakan sayur jarang mengalami masalah berat badan yang menjadi punca kepada sakit kencing manis.
Bahan bacaan : Kuasa Minda Wanita Langsing

Kelima:

Mengamalkan pola pemakanan vegetarian boleh melindungi daripada sebarang pencemaran. Hampir 95% pencemaran datang daripada daging, produk haiwan yang lain dan ikan.



Keenam:

Menjadi vegetarian adalah lebih jimat sebenarnya. Makanan produk haiwan umumnya lebih mahal jika dibandingkan sayur-sayuran. Oleh demikian, pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan daging, ayam atau ikan memberi lebih penjimatan dalam kehidupan anda.

Masih banyak kebaikan menjadi vegetarian tetapi saya rasa, cukup enam sahaja yang saya senaraikan untuk bacaan anda kerana keenam-enam kebaikan yang saya sudah senaraikan sudah pasti membuatkan anda merasa ada kemahuan untuk menjadi seorang Vegetarian. :)

Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Penulis : @sofinah696 .

0 Ulasan

PENAFIAN

Hakcipta terpelihara 2017. Setiap yang ditulis di ZONE KLIK TO SIHAT merupakan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan dari pelbagai sumber dan rujukan dari internet mahupun buku-buku panduan berkaitan dengan kesihatan. Penulisan, panduan,tutorial dan pembelajaran di dalam bolg ini bukanlah satu arahan atau saranan dari pihak profesional. Penggunaan ilmu atau pembelajaran dari isi kandungan blog ini adalah bukan seratus peratus muktamad.Pihak ZONE KLIK TO SIHAT tidak akan bertanggungjawab atau jaminan terhadap ketidak-lengkapan dari setiap panduan,tutorial dan pembelajaran yang ditulis di dalam blog ini sama ada tersurat mahupun tersirat. Setiap penulisan yang ada di dalam blog ini kemungkinan terdapat informasi yang sudah dikemas kini dari pihak sumber dan rujukan. Pihak ZONE KLIK TO SIHAT tidak akan bertanggungjawab atas risiko mendapat informasi yang belum dikemas kini terutamanya di artikel yang lepas-lepas. Pihak ZONE KLIK TO SIHAT berhak untuk mengubah atau memperbaharui informasi di dalam blog ini setiap masa.


Sofinah Lamudin - ZONE KLIK TO SIHAT.